Saturday, June 7, 2008

Kecewa

Hari ini, pagi-pagi lagi kami sekeluarga telah pergi ke sebuah projek perumahan dengan tujuan untuk memilih rumah idaman dan membayar deposit. Setiba di tapak perumahan, office masih belum dibuka. Jadi kami terus ke rumah contoh untuk mencuci mata yang entah buat keberapa kalinya. Lebih kurang pukul 10.15a.m. kami pergi ke pejabat untuk membuat pilihan.
Alangkah terkejut dan kecewanya kami apabila diberitahu rumah idaman kami telah habis dijual pada akhir bulan Mei. Tiada kata2 dapat aku luahkan di sini betapa kecewanya kami. Aku melihat raut wajah suami tercinta dan ibu mertua tersayang terpancar seribu kekecewaan. Kakak dan abang ipar yang setia menemani kami yang pada awalnya bertujuan untuk memilih rumah cuba menenangkan kami agar bersabar dan mungkin ada hikmah di sebalik semua ini.
Kekecewaan tidak hanya berhenti di situ. Selepas makan malam, Puteri sulongku bertanyakan soalan yang menyedihkan aku. "Mama, bila kita akan berpindah ke rumah baru yang kita pergi tadi?" Aku hanya mampu menjawab "TIDAK TAHU". Sememangnya aku tidak tahu adakan masih ada rezeki untuk kami menginap di situ.
Kami masih menaruh harapan agar ada pembeli yang menukar fikiran dan membatalkan urusan pembelian tersebut agar kami berpeluang untuk memiliki rumah idaman kami. Harapan masih menggunung dan tiada siapa dapat membantu. Hanya Allah s.w.t. yang dapat merealisasikan impian kami. Di harap kalian dapat mendoakan kami.